Saturday, September 15, 2012

First time interview Art and Design UiTM

Assalamualaikum salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Ewah ayat perdana menteri. Hahaha.

Memang tersangat lama tak create post baru dekat blog ni. Tak tahu lah kenapa rasa macam nak rajin nak buat post baru hari ni. Saje nak share pengalaman first time interview Art and Design untuk further study 2nd intake dekat UiTM. InsyaAllah kalau ada rezeki :) so.. bila dapat tahu dapat panggilan untuk pergi ke temu duga 15 September 2012 ni dekat UiTM Shah Alam, memang seghonok tahap gunung berapi nak meletup lah kan. Eh kaitan pulak. Haha.

Seronok yang bercampur semangat dalam diri yang berkobar-kobar ni memang ada. Tapi satu habuk pun tak prepare apa-apa. Bila dapat tahu nanti ada test drawing, hah basic nak melukis pun aku takde. Sekolah pun takde kelas seni and the geng. Setakat orang lidi yang berisi sikit tu boleh lah lepas.

Interviewnya start pukul 8.30 pagi. Aku bangun pukul 6 pagi. Nampak tak semangatnya disitu? Bagus bakal student cemerlang. Tepuk tangan sikit untuk diri sendiri. Terima kasih :) Haha kbye. Sampai je dekat fakulti Art and Design tu, fuuuhhhhhh sungguh segak bergaya cantik cun melecun kebaboomm bakal student yang dipanggil untuk interview. Ehem termasuk aku lah tu yang cun melecun tu. Okay abaikan ayat jijik tu. Kbye. Kalau mana mana awek yang single mingle tu boleh lah carik pakwe pakwe yang semuanya pakai kemeja ditambah dengan tie yang segak megak tu. Ewah ejen cari jodoh ke apa aku ni.


"We are a class of our own". Hoooyeahh~


Okay cuba cari nama aku dalam ni.



Okay tak penting pun nak cari nama aku tu. So bermula lah sesi lukis melukis untuk dinilai lukisannya samada layak ke tak layak ambil course ni. Dengan mencari posisi dan angle yang sesuai untuk melakar satu seni yang aku tengok tak macam seni tu... Hamboi ayat macam pelukis terkenal mengalahkan Leonardo Da Vincci. Bermula lah lakaran aku... Ohh wait. Nak tunjuk 'arca' yang patut dilukis tu..



Haa nampak ape menda tu? Tu tu yang tegak berdiri kat atas meja dibalut dengan kain.. Pocong.. Hahaha okay tak takut pun. Aku tak tahu lah seni apa yang patut kitorang lukis. Satu kotak yang menyimpan kertas A4 yang seksi half naked dibalut dengan kain yang macam kain langsir duduk atas kerusi. The box is sexy and I know it... Lol.

Okay mula mula nak lakar tu memang tak tahu nak mula dari mana. Part nak lukis kain tu yang payah. Dengan seribu kedut nya. Pehh. Tengok budak budak lain lukis ada yang lukis kotak je naked tak pakai kain. Ada yang lukis yang tak nampak macam kotak dengan kain. So aku lukis lah kotak yang pakai kain. Tutup aurat lah kan. Hahaha. Ini hasilnya..



Okay bukan nak bangga. Sekali pandang memang nampak macam keras sangat lukisan aku ni.. 5 kali pandang, okay boleh puji lukisan sendiri. Masuk bakul angkat sendiri. Hahaha. Jangan lah anoyying sangat sekali sekala aku puji lukisan sendiri :3 memang lah tak boleh nak kalah kan lukisan ada sorang budak AD tu~ haip jangan nak bangga sangat if you read this.


Okay 6 kali pandang nampak macam buruk.. Sikit.. Heh..


Lepas dah siap drawing semua tu, masa untuk di interview one by one. Gementerrrrrrrr jugak. Nasib baik gamble je interviewers semua. Takde lah formal sangat.



Bila turn aku.. Okay alhamdulillah disokong oleh interviewer tu. Sooooo thanks to Allah :) cuma kena berdoa je lah untuk lepas ambil AD ni ke tak. Result pun lama lagi bulan November nanti keluar. Satu soalan tak dapat aku lupa interviewer tu tanya.. "Ada kecacatan anggota badan tak? Jari ada berapa?". LOL





2 comments:

NamiHART said...

nynaa.. Assalamualaikum.. sy nak tanye.. hurmm.. awk nbkan pelajar seni masa kat sek men kan.. so..? waktu interview ni,awk kne buat folio or bwak hasil lukisan ap2 x..? i mean.. kalau pelajar seni yg amek seni kat sek,dia kne bwk kerja kursus dia k interview kan?
then,ap bentuk soalan yg diorang bg masa interview art & design?
harap awk boleh bantu sy.. kalau awk rajin,add fb sy then bg jawapan sedetail2nya.. awk boleh cr akaun fb sy melalui blog sy.. thanks.. wassalam.. ^_^

Miszyuyu said...

hai sy datang dari contest http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html .. jom join!